• Block A, One Damansara, No. 3 Jln PJU 10/3C, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • +603 6140 2520 info@icoop.edu.my


Media Gallery

Pendakian Bukit Broga, Semenyih, Selangor

8 Mei 2018: Aktiviti pendakian ini yang disertai seramai 44 pelajar Kolej iCOOP, 1 Pensyarah dan 2 staff. Sebaik tiba saja ditapak berkumpul seawal 4pagi, pensyarah memberikan taklimat asas sebelum memulakan pendakian bagi menerangkan tentang keselamatan diri juga keselamatan ahli kumpulan masing-masing. Justeru itu, perjalanan yang memakan masa lebih 4 jam termasuk solat subuh di "check point" kedua, juga sesi bergambar disetiap ketibaan check point. Apa yang lebih menyeronokkan semua ahli, sambil mereka mendaki , mereka ditugaskan untuk mengutip sampah-sampah yang bersepah sepanjang laluan yang mereka tempuhi. Ini dapat mendidik mereka dalam memberikan komitmen kepada kebersihan persekitaran. Tahniah buat semua! Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.